Friday, November 11, 2011

Renungan Sejenak : Siapa Diri Kita ~

1.       Siapakah orang yg sombong
-          Orang yg sombong adalah orang yg diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yg menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam.
-          Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yg sombong diri.
2.       Siapakah orang yg telah mati hatinya
-          Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
3.       Siapakah orang dungu kepala otaknya
-          Orang yg dungu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu melakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
4.       Siapakah orang yg kuat
-          Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.
5.       Siapakah orang yg lemah
-          Orang yg lemah adalah orang yg melihat kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Cukup lah sekadar berkongsi 5 persoalan ini . nanti Hanie tambah lagi ye . ade banyak lagi neh . tunggu tau :)

No comments:

Post a Comment