Barangsiapa yang membaca yassin sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ‘’Salaamun qaulan min rabbin rahim’’ diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, insya-Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dimakbulkan. Jika boleh niatkan sebegini :
1. Ya Allah , Ya Rahim, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2. Ya Allah , Ya Rahman, kurniakan aku isteri/suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam
3. Ya Allah , Ya Razak, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik, dan berjaya didunia dan akhirat.
4. Ya Allah , Ya Jabbar, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5. Ya Allah , Ya Mutaqabbir, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafik dan miskin
6. Ya Allah , Ya Waduud, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir dan batin
7. Ya Allah , Ya Zaljala Liwal Ikram , makbulkan semua hajatku, dan redhailah aku.
sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yg lain. sepertimana sabda Rasulullah SAW : 'sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, hanya tiga perkara yg akan dibawanya bersama : 1) sedekah/amal jariah (2) doa anak-anaknya yg soleh dan (3) ilmu yg bermanfaat yg disampaikannya kepada org lain :)
No comments:
Post a Comment