Friday, November 11, 2011

10 Surah Mujarab dari Nabi Muhammad SAW

1.    Surah al-Fatihah
-          Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dgn membaca surah al-ikhlas 3 kali, surah a’-Falaq dan surah an-nas. Insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
-          Baca surah ini sebanyak 44kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
-          Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dgn mengerjakan solat 5 waktu.
2.    Surah Yassin
-          Telah bersabda Rasulullah s.a.w, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hati, dan hati al-Quran ialah surah Yassin iaitu jantung Al-Quran.
-          Sesiapa membaca Yassin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca al-Quran seluruhnya.
-          Surah Yassin ini jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari kiamat.
3.    Surah At-Dhuhan
-          Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru-hara di padang Mahsyar.
4.    Surah Al-Waqi’ah
-          Amalkan membaca surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, Insya-Allah tidak akan merasa kepapaan.
-          Mereka yg membacanya sbg wirid, insya-Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. 
-          Mereka yg membacanya 14kali setiap lepas solat Asar, akan dikurniakan rezeki yg banyak.
-          Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah surah al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi sekali dan surah al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niatkan untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga kita.
5.    Surah al-Khauthar
-          Bacalah sebanyak 1000kali (hanya tiga ayat dlm surah ni J ) maka Allah S.W.T akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.
-          Sesiapa yg membaca 1000kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya-Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w dalam tidurnya.


Lagi 5 Surah Hanie post kemudian ye .. tunggu tau :)

No comments:

Post a Comment