Friday, November 11, 2011

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

       1.       Ketika memulakan kerja
-          Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
2.       Sebelum masuk rumah
-          Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (3kali). Masuklah rumah dgn kaki kanan dan dgn membaca bismillah.
-          Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada org di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
3.       Ketika sakit
-          Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit hingga dia meniggal dunia, naka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dgn sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
4.       Khatam al-Quran
-          Membaca surah al-ikhlas sekali ganjarannya sama dgn membaca10 juz kitab Al-Quran. Lalu dgn membaca surah Al-ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ia sama dgn membaca 30 juz al-Quran. (tapi alangkah lebih baiknya kalau kita habiskan 30 juz Al-Quran sepenuhnya. Ini cuma cara mendapatkan pahala dgn mudah)
5.       Pahala membacanya
-          Berkata Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : ketika sy (Rasulullah s.a.w) israk ke langit, maka sy telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur ke barat.
-          Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yg mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka : Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada org yg membaca surah Al-Ikhlas baik ia lelaki ataupun perempuan.

No comments:

Post a Comment