Cintailah Dia yang mencintaimu, kelak dirimu dicintai orang-orang yang mencinta-Nya sebagai mana cintamu terhadap-Nya
Wednesday, November 23, 2011
Klik sane , Klik sini . fuhh !
oke. nampak tajuk diatas ? hehe . nie la FIRST TIME jadik photographer . gmbo pon tak special mane . maklum lah , kite neh takde tauliah , hnye berdasarkan pengalaman tgk org lain dok snap gmbo kawin . sebenaqnye , sy tak reti pon nak suruh dorang neh posing2 . haha. tu stail dorang sendiri . kat taman tasik taiping neh . dah la panas . huhu . hari neh pulak public holiday . lebih kurang 10 pasangan gak yg dok posing2 tgkap gmbaq . em . pasangan pengatin nie sepupu sy , so tgkap gmbaq pon just suke2 jer . anyway . dorang kate cntik , so terima la dgn hati yg terbuka dan hidung yg kembang . haha . ok la . nnti hani post sesuatu yg baru lg yr . tungguuuu ..
Bisnes Keluarga
Bisnes keluarga . ecece . bunyi cam sedap jer . hehe . nie la antara punca pndapatan kmi sekeluarga . bisnes nie pada mulanya hanya suka2 . tp lama kelamaan prmintaan semakin byk dan Alhamdulillah setakat nie permintaan tu ada walaupun hnya beberapa tmpahan jer . maklumlah masing sibuk .
pelamin yg diatas nie antara tempahan pelamin yg kami buat . kami pun nak mintak maap pasai gmbaq nie x brpe jelas sbb pakai kmre henset jer . time tu tak beli kmre lagi . oke , selain pelamin , ade jugak hiasan bilik tidur ngn meja makan cume gmbar meja makan tu takde . khidmat jurugambar pon dah ade . cume takde baju persalinan pengantin jer . sebabnye sy tak pndai nak jahit baju fesyen2 neh . itu lah tgh usahakan kalo2 dapat pi smbung blaja dlm bidang fesyen ke , kire bersyukur sgt .. dpt la lengkapkan perniagaan neh .
ok la . esok2 hanie membebel lagi kat sini okeh . penat gak dok menaip neh . haha . k salam
Friday, November 11, 2011
Renungan Sejenak : Siapa Diri Kita ~
1. Siapakah orang yg sombong
- Orang yg sombong adalah orang yg diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yg menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam.
- Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yg sombong diri.
2. Siapakah orang yg telah mati hatinya
- Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
3. Siapakah orang dungu kepala otaknya
- Orang yg dungu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu melakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
4. Siapakah orang yg kuat
- Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.
5. Siapakah orang yg lemah
- Orang yg lemah adalah orang yg melihat kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Cukup lah sekadar berkongsi 5 persoalan ini . nanti Hanie tambah lagi ye . ade banyak lagi neh . tunggu tau :)
Doa Dalam Duduk Antara Dua Sujud
Dalam tidak sedar setiap hari kita memohon didalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami… sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)
8. Wa’fuannii (maafkan aku)
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita mungkin hanya baca sambil lewa sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Jadi sekarang setelah anda tahu maksud yang anda ungkapkan itu maka hafalkan maksudnya dan ungkapkanlah di dalam solat anda dengan sepenuh hati dan pengharapan.
Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)
8. Wa’fuannii (maafkan aku)
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita mungkin hanya baca sambil lewa sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Jadi sekarang setelah anda tahu maksud yang anda ungkapkan itu maka hafalkan maksudnya dan ungkapkanlah di dalam solat anda dengan sepenuh hati dan pengharapan.
Rahsia Perlakuan Dalam Solat
1. Niat sembahyang
- Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri betul
- Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di kubur.
3. Takbir-ratul Ihram
- Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah
- Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’
- Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal
- Akan memberi minuman air dari telaga al kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud
- Memagar kita ketika menyeberangi titian siratul mustaqim
8. Duduk antara dua sujud
- Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara dua sujud (akhir)
- Menjadi kenderaan ketika kita di padang Masyar
10. Tahiyat akhir
- Sebagai penjawab bagi soalan yg dikemukakan oleh mungkar dan nangkir di dlam kubur.
11. Selawat nabi
- Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam
- Memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib
- Akan pertemuan kita dgn Allah s.w.t
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. itulah sebab mengapa mereka mereka-reka cerita yg begitu seram sekali iaitu 'Friday the 13th' dan '13Ghost''.. kalaulah kita perasan kan ?
Rahsia Surah Yassin Ayat ke-58
Barangsiapa yang membaca yassin sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ‘’Salaamun qaulan min rabbin rahim’’ diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, insya-Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dimakbulkan. Jika boleh niatkan sebegini :
1. Ya Allah , Ya Rahim, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2. Ya Allah , Ya Rahman, kurniakan aku isteri/suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam
3. Ya Allah , Ya Razak, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik, dan berjaya didunia dan akhirat.
4. Ya Allah , Ya Jabbar, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5. Ya Allah , Ya Mutaqabbir, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafik dan miskin
6. Ya Allah , Ya Waduud, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir dan batin
7. Ya Allah , Ya Zaljala Liwal Ikram , makbulkan semua hajatku, dan redhailah aku.
sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yg lain. sepertimana sabda Rasulullah SAW : 'sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, hanya tiga perkara yg akan dibawanya bersama : 1) sedekah/amal jariah (2) doa anak-anaknya yg soleh dan (3) ilmu yg bermanfaat yg disampaikannya kepada org lain :)
Keberkatan Surah Al-Ikhlas
1. Ketika memulakan kerja
- Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
2. Sebelum masuk rumah
- Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (3kali). Masuklah rumah dgn kaki kanan dan dgn membaca bismillah.
- Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada org di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
3. Ketika sakit
- Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit hingga dia meniggal dunia, naka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dgn sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
4. Khatam al-Quran
- Membaca surah al-ikhlas sekali ganjarannya sama dgn membaca10 juz kitab Al-Quran. Lalu dgn membaca surah Al-ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ia sama dgn membaca 30 juz al-Quran. (tapi alangkah lebih baiknya kalau kita habiskan 30 juz Al-Quran sepenuhnya. Ini cuma cara mendapatkan pahala dgn mudah)
5. Pahala membacanya
- Berkata Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : ketika sy (Rasulullah s.a.w) israk ke langit, maka sy telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur ke barat.
- Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yg mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka : Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada org yg membaca surah Al-Ikhlas baik ia lelaki ataupun perempuan.
10 Surah Mujarab dari Nabi Muhammad SAW
1. Surah al-Fatihah
- Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dgn membaca surah al-ikhlas 3 kali, surah a’-Falaq dan surah an-nas. Insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
- Baca surah ini sebanyak 44kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
- Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dgn mengerjakan solat 5 waktu.
2. Surah Yassin
- Telah bersabda Rasulullah s.a.w, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hati, dan hati al-Quran ialah surah Yassin iaitu jantung Al-Quran.
- Sesiapa membaca Yassin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca al-Quran seluruhnya.
- Surah Yassin ini jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari kiamat.
3. Surah At-Dhuhan
- Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru-hara di padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi’ah
- Amalkan membaca surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, Insya-Allah tidak akan merasa kepapaan.
- Mereka yg membacanya sbg wirid, insya-Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
- Mereka yg membacanya 14kali setiap lepas solat Asar, akan dikurniakan rezeki yg banyak.
- Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah surah al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi sekali dan surah al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niatkan untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga kita.
5. Surah al-Khauthar
- Bacalah sebanyak 1000kali (hanya tiga ayat dlm surah ni J ) maka Allah S.W.T akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.
- Sesiapa yg membaca 1000kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya-Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w dalam tidurnya.
Lagi 5 Surah Hanie post kemudian ye .. tunggu tau :)
Thursday, November 3, 2011
RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi
Subscribe to:
Posts (Atom)