1. Seluruh umat Islam sama berpuasa.
Dengan ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh pelosok dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Ini menjadikan mereka bersatu hati dan hanya mengabdikan diri kepada Allah Yang Esa.
2. Rasa insaf dan syukur.
Menimbulkan rasa insaf kepada semua golongan yang berpuasa sama ada kaya ataupun miskin.
3. Takwa
Melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah.
4. Menyembuhkan penyakit.
Menyembuhkan segala penyakit kerana perut dapat direhatkan ketika berpuasa.
5. Latihan kesabaran.
Puasa itu dapat melatih diri bersabar serta dapat menambahkan ketakwaan.
6. Mendapat kasih sayang Allah.
Orang yang berpuasa akan sentiasa disayangi Allah, serta selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa yang kecil.
7. Perayaan amal ibadah.
Pelbagai ibadah dapat dilakukan dalam bulan Ramadhan dan dalam bulan ini juga umat Islam digalakkan untuk melakukan amal kebajikan.
8. Keampunan Allah.
Nabi s.a.w bersabda : “Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”
9. Pintu syurga terbuka.
Dalam bulan Ramadhan, semua-semua pintu syurga terbuka serta ditutup semua pintu-pintu neraka. Syaitan dirantai semasa bulan Ramadhan supaya tidak mengganggu manusia.
10. Malam Nuzul al-Quran.
Dalam bulan Ramadhan adanya malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) yang merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
11. Malam Lailatul Qadar.
Terdapatnya malam yang dikenali sebagai Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahala daripada Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment