Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia riang gembira tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Jika kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalir biarpun berjuta batu menghalang. Jika kau rasa sedih, pandanglah ke laut, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu. Jika kau rasa gembira, bersujudlah ke bumi tempat berpijak sebagai tanda kesyukuran pada-Nya.
No comments:
Post a Comment