Thursday, March 3, 2011

Aiman – Cinta Terakhir

Kau cinta pertama ku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan  tuhan
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya segalanya
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan tuhan
Segalanya ketentuan tuhan

Laut Yang Tenang

Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia riang gembira tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Jika kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalir biarpun berjuta batu menghalang. Jika kau rasa sedih, pandanglah ke laut, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu. Jika kau rasa gembira, bersujudlah ke bumi tempat berpijak sebagai tanda kesyukuran pada-Nya.

Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling dari Mu. Ya Rabbul Izzati, jika kau rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta Hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu. Amin.

Tuhan Memberi Apa Yang Kita Perlukan

Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, Dia beri ulat bulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah tuhan, indah pada masa Nya. Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh di atas segala-galanya Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.