Saturday, October 29, 2011

Sayang Kamu...

time maksu online memang die suke kaco . nak buat mcm ner . huhuhuhu

baik sunggoh budak neh kan . huhu

nie die ngntok maksu pakse gi jalan-jalan .. dah tu buat muke masam jelah ..

kesian la anak sedare aku neh .. orang ngntok maksu pakse gi jalan2 pulak ..

nie baru 5 bulan . dah start menggedik dah . takyah buat muke pon die dah senyum . spontan !
die memang suke snap pic dari kecik lagi .
fotogedik!!

ade orang cakap muke die mcm baby korea ..
mybe sebab ikot muke abah die ,
kalo ikot ibu die memang jauh beza . mcm maksu dia la .
kalo letak sebelah ngn dia dah jadi tepung talam ! haha

fahmi say Mmmuuuaaaahhhhh!


Muhammad Alif Fahmi

maksu sayang anak-anak sedara maksu . mungkin kadang-kadang maksu tak beri perhatian pada kamu , tapi dalam hati maksu tetap ada kamu semua . maksu rasa seolah semua masalah hilang bila lihat senyuman kamu semua . besar nanti jadi anak yang soleh/solehah ya ! maksu sayang hangpa semua . kecik2 menuntut ilmu , besar nanti jadi orang yg berguna :)
kalo nak tgk byk lagi kne bukak fb Cik Hanie Adenan . kat sane berlambak2 pic die ! ahaks


Wanita Ibarat Epal


” Wanita ibarat Epal...Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. Tapi Epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik dan susah digapai. Terkadang Epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan dirinya menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ada sesiapa yang berani memetiknya. Mungkin bukan di dunia tapi akhirat? Biarlah jodoh bukan di dunia,asalkan cinta ILAHI mengiringi hingga ke akhirat...Yang terbaik hanya datang dariMu Ya ALLAH...”

RAHSIA SURAH AL-KAUSAR



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim

Tuesday, October 25, 2011

Bersabarlah Wahai Diri ... Aku Insan Lemah .... :(


Jangan nilaikan cinta itu dengan wang atau harta benda , kelak cinta mu akan habis apabila kehabisan wang...
jangan merayu pada cinta , biarkan cinta itu datang dengan sendiri ..
redha dan sabar apabila diberi ujian , kerana setiap yang berlaku ada hikmah nya ..
jangan menangis apabila ditinggalkan cinta , kerana Cinta Allah sentiasa ada untukmu..
jangan bersedih apabila cinta meninggalkan mu . kerana Allah telah sediakan sesuatu yg lebih baik untukmu...
jangan menilai seseorang dgn kelebihan nya sahaja , tetapi pandanglah kelemahannya jua dan jadikanlah itu suatu keunikkan pada nya ..
bila cintamu direbut orang lain , ingatlah cinta Allah itu samarata kepada hamba2 Nya ..

Bila kita bersabar dengan segala ujian , cubaan dan dugaan , cinta itu akan datang dgn sendiri , tanpa di rayu .. :)

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis



Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi

Menyesal Kahwin ??


MENYESAL KAHWIN..............


Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.
Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..



Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.



Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.
Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..



Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.



Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.

Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la

pentingnya cari isteri yang solehah!



“Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..



Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..



Lagi abang sayang ade la..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..



Ke memang nak abang jadi gemuk ni?



Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..



Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..





Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!

Sweet kan cerita neh ? emm .think positif .. setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya .. :)

Aurat Dan Ayat Kursi :)

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Sepasang Baju Melayu Untuk Si Dia

assalamualaikum w.b.t
terima kasih sebab sudi bukak blog yg tak seberapa neh ...
okeh , nampak tajuk kat atas ?
hehe , yup .. baju ini milik si dia ..

kenapa baru upload ?
em maklumlah , takde mase ,,
stpm pun dah dekat . lg 25 hari jer ..
hari nie pun ade kelapangan sebab esok cuti deepavali ..

okeh , kenapa baju melayu ?
pd hanie , hanie nak bagi sesuatu yg bermakna ,
yg boleh mengingatkan si dia pd hanie apabila si dia tgk hadiah dari hanie .
lagipun hanie tak mampu nak hadiahkan benda2 mahal mcm jam , kasut @ ape2..
lagipun kami berjauhan , nak belanja makan pun tak boleh .. huhu ..
so , dlm lebih kurang sebulan sebelum bulan pose , hanie pun terpikir ,
kenapa aku tak jahit baju melayu jer kat dia ,,, aku kan boleh (bukan pandai sgt yer) menjahit...
raye pun tak lame lagi dah...

so , hanie pun pegi beli kain ..
mase nak beli kain pun serabut dok pikir , alahai nak beli warna ape neh ..
last2 beli wrna merah jelah (sebab baju raye hanie pun merah utk tahun neh,hehe)
tu pun lepas 3 kali pegi kedai nak beli kain jer pun .. so dalam bulan pose , hanie jahit baju neh .. ambik mase 2 mggu jugak (mase terhad, baju orang lain tempah pon byk)
dgn skill yg tak seberapa , dah la tak tau nak agak saiz die ...
huhu ..
akak hanie cakap buat jer saiz standard yg ader jual kat kedai2 tuh...
so , hanie buat la pelan-pelan sampai siap ..
dalam hati , Ya Allah , harapnye padan la saiz neh dgn die ...
so bile die dah dapat baju neh , die kate ok ngn badan die ...
fuhhh .. Alhamdulillah muat jugak ....

nak tau ?
nie lah baju melayu pertama yang hanie berjaya siapkan dgn sepenuhnya!
sebelum neh hanie tak penah jahit baju melayu ,,
sekadar tolong kakak sambungkan keje2 die jer .
tapi berkat kesabaran dan azam nak siapkan baju neh , maka semua nya berjalan dgn lancar.....
ALHAMDULILLAH :)

Saturday, October 22, 2011

Cara Mencari Muka Surat Juzuk Al-Quran

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada2 benda
yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga
Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1
kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah
melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala,
tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri
bukan diciptakan manusia)
Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk
Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula
matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1     
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman
82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3 
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

muka surat ini adalah untuk Al-Quran yang biase digunakan dan bukan untuk Tafsir Al-Quran .
semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda untuk mengingat muka surat Al-Quran :)